hubungi kami di : hidroponiksatu@gmail.com

Thursday, November 7, 2013

Hasil projek "bumi hijau hidroponik" di Bukit Bandaraya

Kuala Lumpur : Projek "bumi hijau" hidroponik di belakang rumah ternyata 
memberi pulangan yang baik untuk sara diri keluarga disamping agihan lebihan 
kepada jiran dan tetamu.Tenyata keluasan tanah yang terhad dalam kawasan 
bandaraya tidak menghalang usaha pertanian.

Faktur umur pula tidk menjadi halangan kepada merka yang berminat samada 
secara hobi, saradiri atau komersial. Projek ini diusahakan oleh seorang pesara 
yang berjawatan tinggi dalam kerajaan sebelum ini.

Pemilik telah membekalkan foto-foto projek yang diusahakan ini kepada kami. 
Berikut kelitan kelihatan timun dan tomato yang biasa kita jumpai dikawasan 
iklim sederhana atau tanah tinggi tumbuh subur dalam sistem hidroponik kultur 
air dalam (DFT) dan amat sesuai diusahakan di kawasan tanah rendah.


Timun hijau tubuh subur dalam kultur air dalam

Timun hijau mampu memberi hasil yang baik

Takung ditutup bagi menghalang pertumbuhan algea



DFT sesuai untuk tomato di tanah rendah


Tomato hidroponik memberi pulangan yang baik

Seterusnya pengusaha projek ini  menyarankan supaya lebih ramai penduduk mengusahakan projek hidroponik kerana ia mampu memberi pulangan
yang baik dalam usaha meningkatkan pengeluaran sayur negara.

Teknologi yang digunakan adalah sederhana daripada barangan kitar semula.



Sayuran ulam terdiri pokok salom dan  pegaga
Antara bahan yang digunakan ialah takung fiber glass terpakai digunakan sebagai palung, polestreen digunakan sebagai penutup palung dan tempat meletakkan anak pokok. Melalui sistem yang sederhana ini kaedah hidroponik kultur air dalam (DFT) digunakan oleh pemiliknya dalam menanam sayuran ulam, kalilan, timun batang hijau dan tomato cheri.

Tomato cheri dalam DFT
Dengan mengusaha beberapa-beberapa takungan saja telah  mampu menyara keperluan sayur dan ulaman harian keluarga sepanjang tahun disamping dapat diagihkan kepada tetamu dan jiran.


Sayur kailan dalam takung DFT
Projek ini yang hanyalah menggunakan bahan buangan sebagai palung untuk tanaman 
tomato cheri dan timun, manakala kanves juga digunakan sebagai palung untuk menakung air larutan bajadalam menjayakan projek ini.
Tanaman timun batang hidroponik DFT
Pum akuarium digunakan bagi mengalirkan air dari takung simpanan air ke palung penanaman secara berulang alik melalui paip pvc satu inci. Pengaliran air ini dapat membantu menambah bekalan oksijen dalam air disamping menghalang pembiakkan nyamuk.
Pump akuarium dalam DFT
Projek ini dibangun sendiri oleh pemilik premis bersama cucu-cucunya yang pasti 
dapat merapatkan lagi hubungan kekuluargaan. enurut pemilik premis ini, masa yang diperlukan untuk penjagaan projek ini kurang daripada satu jam sehari.

No comments:

Post a Comment