Hidroponik tulin ialah satu kaedah
penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah yang diganti dengan air sebagai media pertumbuhan.
KELEBIHAN HIDROPONIK
Hidroponik tulin ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman
biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:
- Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;
- Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi;
- Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak;
- Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;
- Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;
- Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.
KAEDAH HIDROPONIK
Sistem Pengaliran Nutrien
Sistem Pengaliran Nutrien
Kaedah hidroponik memerlukan pum air bagi menggerakan larutan nutrient daripada tangki ke palung tempat penanaman dan kembali semula ke tangki .
Larutan nutrient digerakan dari
tangki kepalung tempat penanaman bertujuan untuk membekalkan air dan nutrient kepada
pokok disamping menambah bekalan oksijen kepada larutan nutrient.
Contoh system ini ialah NFT, DFT dan Raceway.
Alatan asas yang diperlukan seperti
berikut:-
i) Pam air untuk aknarium.
ii) Tempat tanaman (diperbnat daripada paip PVC, dulang plastik
dan bahan-bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas
dengan kepingan plastik yang tebal).
iii) Tangki untuk larutan nutrien.
iv) Tenaga elektrik.
v) Pasu plastik kecil (jika perlu).
iii) Tangki untuk larutan nutrien.
iv) Tenaga elektrik.
v) Pasu plastik kecil (jika perlu).
Kaedah ini lebih sesuai digunakan untuk sayuran berbuah kerana
memerlukan jangka masa yang panjang dalam system hidroponik
dari tanam hingga menuai.
Sistem NFT - (suber: www.homehydosystems.blogspot,com ) |
Sistem Takung Statik
Kaedah hidroponik tidak
memerlukan pum air kerana larutan nutrient kekal statik pada takung tempat penanaman
.
Bagi sistem takung punca peralatan berikut adalah diperlukan:
i) Takung tanaman.
ii) Penutup (diperbuat daripada
polisterin, plastik).
iii) Pasu plastik kecil (jika perlu).
iii) Pasu plastik kecil (jika perlu).
Sesuai untuk sayuran daun kerana
memerlukan jangka masa yang lebih singkat untuk matang berbanding sayur buah.
Hidroponik Takung Statik (sumber : google) |
Sistem Takung Dinamik (Bubbler Hydroponic)
Pada
asasnya sama dengan dengan system takung statik, cuma tambahan bubbler dimasukan
kedalam takung bertujuan menggerakan larutan baja bagi menambah bekalan
oksijen. Pump akuarium dengan batu bubbler diperlukan bagi system ini.
Bucket
bubbler hydroponic juga contoh system ini.
Sesuai
untuk sayuran buah dan sayuran daun dalam takung statik bersaiz besar.
HidroponikTakung Dinamik- Bubbler (sumber : flicker.com) |
KAEDAH PENANAMAN
Ketiga-tiga sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman seperti berikut:-
Ketiga-tiga sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman seperti berikut:-
Cara Mengubah:
Anak Pokok Dikepit Ditengah Bongkah Sponge |
- Selepas dua hari baja separuh kepekatan dilarutkan untuk menyokong pokok
- Selepas tujuh hari, masukkan baki baja supaya larutan nutrien mencapai kepekatan penuh
Cara Semaian
terus
- Sumbatkan benang basah dan tarik untuk buat sumbu,
- Masukkan dalam lubang tempat tanaman yang mengandungi air
- Semaikan 2-3 biji benih atas benang basah
- Selepas 7-10 hari, masukkan baja (kepekatan penuh) dalam air
*Larutan nutrien perlu ditambah
(tertakluk kepada keperluan) sehingga hasil dituai untuk kedua-dua kaedah
penanaman atau sebagaimana yang disyorkan oleh pengeluar..
Kaedah Penanaman Hidroponik Takung Statik - (sumber : google) |
(a) Pastikan ada ruang udara pada pangkal pokok permukaan air untuk pernafasan akar. Sila lihat Rajah di atas yang disertakan.
(b) Gunakan media dalan larutan yang baru untuk setiap penanaman.
(c) Basuh dengan semperna takung, penutup dan bakul selepas setiap penanaman.
(d) Risalah pertanian mengesyurkan supaya memasukkan 2 gm Abate iaitu racun untuk menghalang pembiakan jentik-jentik dalam larutan baja kedalam takung.
Hidroponik tulin satu teknik yang simple tidak memerlukan tanah atau media selain air berbanding sistem tanaman biasa mahupun fertigasi.